BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Al-Baqarah 275

Sblm Allah mengharamkan riba, Allah melarang menyamakan riba dgn jual-beli. Allah membezakan riba dgn jual-beli dimana riba tu haram dan jual-beli tu halal.

Riba itu ambik untung atas pinjam dan Jual-beli itu ambik untung atas kos barang. Dlm kata lain riba itu ttg pemberi hutang dan jual-beli itu ttg penjual barang.

Perbaikan Islam menukar pinjam ke jual-beli utk menutup riba, padahal bank itu pemberi pinjam mcm along dgn ceti bukannya penjual barang. Knp dibenarkan tukar identiti.??

Kalaulah pinjam bole ditukar kejual-beli, xperlulah Allah haramkan riba kerana riba itu ttg pinjam.

Menyamakan riba dgn jual-beli pun Allah xbagi, mane mungkin menukar-ganti. 

Dibawah sy berikan cth formula jual-beli utk menutup riba yg gagal.

Pelanggan dtg nak pinjam 75% utk beli rumah rm400ribu. Kalau guna kaedah jual-beli, untung kena dikira atas harga rumah rm400ribu. Bukan atas rm300ribu kerana kalau dikira atas rm300ribu, ianya dikira riba kerana ambik untung atas pinjam. Disini perbankan islam terjerat dgn kaedah jual-beli.

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 130:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُّضَاعَفَةً ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba’ dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

Bagitu juga daripada al-Sha'bi RA berkata:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم آكِلَ الرِّبَا وَمُوكِلَهُ وَشَاهِدَهُ وَكَاتِبَه

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan riba’, orang yang memberi riba’, saksinya dan penulisnya.(Riwayat an-Nasa’i)

Perbankan Islam mengamalkan kaedah akad, seperti akad simpanan (wadiah), akad perkongsian (mudarabah), akad sumbangan (tabarru’), dan akad perkongsian pembelian harta (musyarakah mutanaqisah). Kesemua akad ini menepati hukum syarak kerana mempunyai akad yang jelas dan tidak mengandungi unsur-unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (perjudian). Sebagai contoh, mungkin ramai yang tidak sedar, keuntungan daripada wang simpanan tanpa akad yang betul, ialah riba. Bayaran premium insurans tanpa akad yang betul mengandungi unsur ketidakpastian sekali gus mempunyai unsur perjudian

Antara perbezaan ketara perbankan konvensional menggunakan kontrak pinjaman dan keuntungn dibuat berdasarkan faedah atas transaksi pinjaman. Manakala bagi perbankan Islam, kontrak yang digunakan ialah Bai’ Bithaman Ajil (BBA) atau kontrak Musyarakah Mutanaqisah (MM). Justeru keuntungan yang diperolehi adalah daripada jualan atau pajakan yang dilakukan oleh bank. 

Tidak wajar untuk menuduh atau beranggapan bahawa perbankan Islam sama sahaja dengan sistem konvensional, kerana setiap produk perbankan Islam dikaji dan dipantau secara teliti oleh panel Syariah yang diiktiraf atas kepakaran mereka. Segala produk yang dikeluarkan menggunakan akad yang sah di sisi Islam dan memastikan ia terhindar sepenuhnya daripada unsur riba.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 90

message user image