BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. 

Saya telah menjumpai satu akaun OMI milik suami di telefon bimbit beliau. Namun, di bahagian bio profil, beliau telah menulis "Duda anak 1" sebagai kata-kata pengenalan diri. Adakah ia dikira jatuh talak? Kami belum pernah bercerai ustaz. Mohon pandangan yang arif kerana ini melibatkan penulisan di sosial media yang kita ketahui, umum boleh membaca dan melihat. Terima kasih, ustaz. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Lafaz talak atau apa-apa perkataan yang boleh membawa maksud talak atau telah bercerai yang ditulis dalam bentuk penulisan melalui apa-apa aplikasi media sosial boleh dianggap sebagai lafaz kinayah atau kiasan iaitu lafaz yang tergantung kepada niat seseorang suami ketika menulis perkataan tersebut, seandainya suami berniat talak atau telah mentalakkan isterinya, maka jatuhlah talak namun sebaliknya seandainya suami tidak berniat talak atau sekadar berbohong atau menipu sahaja, maka talak tidak berlaku. Namun perbuatan menipu adalah haram dan berdosa di dalam agama Islam.

Walau bagaimanapun sekiranya puan inginkan pengesahan lanjut, puan boleh merujuk perkara ini kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap tulisan tersebut memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 74

message user image