BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustad. Saya nak tanya. Saya dah siap basuh dan keringkan pakaian dekat dobi. Apabila saya lipatkan pakaian, terdapat 1 pakaian dalam yang masih ada bekas tahi yang sedikit. Adakah itu najis yang di boleh maafkan? Apakah saya perlu membasuh semula semua pakaian tersebut? Kesan tahi tersebut di sebabkan saya pernah melakukan pembedahan di bahagian tempat keluar najis (tahi) menyebabkan kesukaran untuk mengelak daripda najis tersebut terkena pada pakaian dalam. Terima kasih. Mohon penjelasan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, jika selepas membasuh pakaian, masih terdapat sedikit najis yang tidak hilang (seperti tahi yang tidak terbersih sepenuhnya), maka pakaian tersebut masih dianggap najis dan tidak sah untuk digunakan dalam keadaan tertentu (seperti untuk solat). Oleh itu, ia perlu dibersihkan semula untuk memastikan pakaian tersebut bersih sepenuhnya sebelum digunakan dalam ibadah seperti solat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 56

message user image