BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,Saya ada soalan pasal duit lama arwah. Saya jumpa duit syiling dan kertas yang lama yang zaman dulu, ada yang zaman sebelum merdeka, duit syiling seringgit warna kuning dan duit kertas nilai rm 1, rm 2 dan duit zaman dahulu yang  tidak wujud dh. Duit lama itu termasuk dalam hukum apa? Sebab zaman sekarang tidak digunakan.

Soalan kedua, arwah datuk sebelum meninggal dia ada beritahu saya dan saudara mara yang lain yang dia nak bagi 1 bendang dia dekat adik saya adakah tanah itu hak milik adik saya? Dan kalau di Awal dia tidak mahu tanah tu, tetapi selepas datuk saya meninggal dia nak ambik hak tanah itu, adakah hak milik adik saya? Kami dan sampaikan kata kata arwah selepas dia meninggal pasal tanah ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Duit lama arwah dianggap sebagai harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut hukum faraid jika mempunyai nilai. Sekiranya tiada nilai, maka pembahagiannya boleh diagihkan antara waris.

Bagi tanah yang ingin diberikan kepada adik pula, jika hibah tidak disempurnakan pemberiannya semasa hayat datuk, maka apa yang diucapkan oleh datuk itu menjadi wasiat. Seandainya adik bukan tergolong dalam kalangan waris yang berhak mendapat harta pusaka datuk, maka dia berhak mendapat wasiat itu namun terikat dengan kadar tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta datuk. Sebaliknya jika adik tergolong dalam kalangan waris yang berhak mendapat harta pusaka datuk, maka wasiat itu tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan persetujuan daripada seluruh waris yang berhak mendapat faraid.

Disarankan untuk merujuk kepada Bahagian Harta Pusaka, Majlis Agama Islam Negeri untuk kepastian dan pengiraan pembahagian yang lebih tepat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 79

message user image