BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya selalu buat witir 1 rakaat. Tapi saya kadang tu lupa. Lepas rakaat 1 saya lupa sambung rakaat ke-2. Dah bangun untuk rakaat ke-2 kadang baru saya teringat. Kadang tu dah Salam baru saya teringat yang saya nak buat 1 je. Jadi saya nak buat macam mana, situasi:

  1. Saya nak buat rakaat ke-2, teringat saya niat tadi 1 je
  2. Saya dah habis dah rakaat 2, tapi teringat saya niat 1 je. Habis camtu je ke? Nak tambah 3 atau anggap je yang tambah 1 tadi sebab lupa. Jadi tak payah tambah 1

Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan:

1. Jika seseorang menyedari dia sedang menambah rakat ketika solat, maka seseorang tidak boleh meneruskan perbuatan solat pada rakaat tersebut. Hal ini kerana perbuatan tersebut ialah perbuatan menambah rukun dan boleh membatalkan solat. Maka, hendaklah tuan terus duduk pada tasyahhud akhir (duduk tahiyat akhir) setelah menyedarinya dan sunat membuat sujud sahwi sebelum salam. Ia dikira sebagai satu rakaat witir seperti yang diniatkan tuan.

2. Sama seperti jawapan di atas, lakukan sujud sahwi sebelum salam. Tidak perlu lakukan rakaat ke tiga.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 49

message user image