BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, 

Apa hukumnya suami menjadi tunangan orang tanpa persetujuan dan pengetahuan isteri. 

Sekian. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, “pertunangan” bermaksud mengikat janji antara lelaki dan wanita sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dari perspektif Islam pula ialah merujuk kepada tuntutan atau hajat seorang lelaki kepada wanita untuk berkahwin melalui cara-cara yang diketahui oleh masyarakat. Pertunangan diiktiraf di dalam Islam sebagai ikatan perkenalan antara lelaki dan perempuan bahkan syara menyarankan umatnya untuk berkenalan dahulu sebelum berkahwin. Oleh yang demikian, harus hukumnya bagi seorang lelaki mengikat pertunangan dengan seorang wanita yang disukainya.

Menjawab pertanyaan puan, hukum sekiranya seseorang suami itu masih belum memenuhi kouta 4 orang isteri, bermaksud dia masih boleh bertunang dan berkahwin. Namun tindakan memaklumkan kepada isteri sedia ada tentang pertunangannya itu,  adalah satu tindakan yang terpuji bagi megelakkan salah faham dikemudian hari.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 63

message user image