BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamulaikum..saya mempunyai pertanyaan kemusykilan dengan apa yg suami saya whatsapp saya semasa bertengkar tempoh hari.. dia ada cakap..

1- Nanti lepas raya,tak ada suami yg buat kau gila dah..rumah,niaga semua kau ambik..

2-kau tunjuk ni kat ayah,kat mahkamah.. 

Saya risau..ada saya ingatkan tentang talak kias pada dia..Tapi dia macam mengiyakan seolah2 faham apa dia buat.. di sini saya ingin bertanya adakah apa yg dia whatsapp pada saya tu akan terjatuh talak atau tidak bila sampai masanya(lepas raya)...

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Lafaz talak atau seumpama dengannya yang ditulis melalui aplikasi whatsapp adalah dalam bentuk kinayah iaitu lafaz yang tergantung kepada niat suami ketika menulis perkataan tersebut, seandainya suami berniat talak, maka jatuhlah talak namun sebaliknya seandainya suami tidak berniat talak, maka talak tidak berlaku.

Adapun ayat yang suami nyatakan dalam whatsappnya iaitu " Nanti lepas raya,tak ada suami yg buat kau gila dah..rumah,niaga semua kau ambik...kau tunjuk ni kat ayah,kat mahkamah" adalah lafaz yang berbentuk kenyataan dan tidak ada kaitan dengan talak samada talak yang sorih atau kinayah. Mungkin lafaz itu diungkapkan sebagai satu peringatan atau amaran atau sebagai gambaran rasa marah suami terhadap isterinya.

Walaubagaimanapun, puan boleh disyorkan merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian atau yangberkaitan dengannya adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 65

message user image