Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalam
Pertanyaan berkaitan wali .
Adik tiri saya (sebapa) ingin melangsungkan perkhawinan pada bulan depan.
Mengikut turutan wali , saya ada wali yang perlu ada semasa perkahwinan (Abang sebapa).
Setelah perbagai usaha yang adik saya cuba dapatkan seperti salinan pendaftaran perkahwinan , surat cerai di pelbagai pejabat agama di seluruh malaysia tetapi gagal , last saranan dari pejabat agama adalah untuk dapatkn surat perkahwinan di Pejabat pendaftaran negara (JPN) tetapi mak saya perlu ada. Sebagai rujukan mak dan bapa saya bercerai dan urusan saya dengan adik tiri saya tanpa pengetahuan ibu saya atas dasar untuk menjaga hati ibu saya,
Bagaimana cara saya nak memudahkan urusan perkahwinan adik tiri , disebabkan saya tak boleh melibatkan ibu saya dalam urusan kawin adik saya .Sebagai rujukan sebelum pada seorang adik tiri dah berjaya menggunakan saya sebagai wali pada 2018 untuk berkahwin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Tetapi kali ni melibatkan perkahwinan di Selangor tetapi prosedur yang berbeza. Adakah mazhab dan fahaman islam di Selangor berlainan menyebabkan urusan kali agak merumitkan .
Ada ke cara lain untuk memudahlan urusan adik saya ,Saya terfikir untuk melepaskan hak wali saya dan membiarkan menggunakan wali hakim .
Sila beri cara alternatif untuk memudahkan urusan adik tiri saya .
Islam itu mudah dan indah
Jawapan
Dalam bab wali sebenarnya tiada perbezaan dari sudut hukum dan syarat-syarat wali di setiap negeri di Malaysia. Yang mungkin berbeza adalah dari sudut prosedur, dokumen sokongan dan peraturan, ini kerana setiap negeri mempunyai latar sosio budaya yang berbeza serta permasalahan yang mungkin berbeza di antara satu sama lain.
Bagi menjawab pertanyaan tuan, sekiranya dokumen pernikahan ibu dan bapa sukar diperolehi, tuan atau adik tuan boleh merujuk ke mana-mana pejabat Agama Islam yang berhampiran bagi mendapatkan pandangan dan solusi yang terbaik. Ini kerana setiap prosedur dan peraturan yang digubal itu pasti ada jalan penyelesaian yang disediakan.
Sekian, terima kasih.