BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan mufti..

Saya ada soalan.. baru-baru ini saya ada terlibat kemalangan..jadi saya minta duit untuk x ray pada orang berkenaan..

Tapi lepas saya balik,saya tuam tangan saya dengan ais batu dan letak minyak, Alhamdulillah tidak sakit lagi..dan saya pun tak pergi x ray..

Soalan saya.. bolehkah saya pakai duit itu kerana memang saya minta untuk x ray tapi saya tak pergi..dan jika tak boleh pakai,bolehkah saya letak duit itu ke tabung masjid..kerana saya tak ambil butiran orang berkenaan dan tak dapat nak hubungi nya

Harap Tuan mufti dapat berikan jawapan segera kerana saya takut terpakai duit itu sebab saya bukan orang senang..

Terima kasih Tuan mufti..

Assalamualaikum..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Riwayat Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad SAW:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Orang Muslim terikat dengan syarat-syarat yang mereka tetapkan(Riwayat Abu Daud)

Seharusnya derma yang diberikan perlu dimafaatkan mengikut apa yang telah disepakati. Walaupun tuan hanya meletakkan ais, sewajarnya perlu juga melakukan x-ray kerana ditakuti ada kecederaan lain yang tidak diketahui dengan ‘mata kasar’. Meletakkan duit derma di masjid adalah pilihan terbaik dan jika ditakdirkan untuk bertemu semula dengan orang yang memberikan duit itu jelaskanlah perkara sebenar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 89

message user image