BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak bertanya. Ibu bapa saya dahulu bernikah di thailand namun tidak mendaftar pernikahan di malaysia, mereka juga bercerai di thailand beberapa tahun selepas itu. Masing-masing telah bernikah dengan pasangan baru secara rasmi di Malaysia. Persoalannya sekarang, saya sebagai anak kandung mereka ingin bernikah namun ibu bapa saya tiada sijil nikah mahupun sijil cerai. Bukti pernikahan di thailand juga mungkin sudah tiada kerana ia berlaku lebih 20 tahun yang lalu. Persoalannya sekarang adakah saya perlu menikah berwali kan wali hakim? Apakah prosedur yang perlu saya lalui? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bagi menjawab pertanyaan saudari, sekiranya dokumen pernikahan ibu dan bapa sukar diperolehi, saudari boleh merujuk terus ke mana-mana pejabat Agama Islam yang berhampiran bagi mendapatkan pandangan dan solusi yang terbaik. Ini kerana setiap prosedur dan peraturan yang digubal itu pasti ada jalan penyelesaian yang disediakan. Biasanya pihak Pejabat Agama Islam akan memanjangkan permohonan pihak-pihak kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi penentuan status anak dan sekaligus akan ditentukan juga siapakah yang layak untuk menjadi wali kepada pernikahan tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 90

message user image