BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustad. Saya nak tanya. Saya sudah lafazkn talak 3 kepada isteri saya. Tetapi dalam niat hati saya sebelum lafaz,saya akan & hendak rujuk semula.tetapi saya tidak tahu maksud talak 1 ,2 or 3. Saya ingat talak 3 tu boleh rujuk. Rupanya saya salah . Sy tidak tahu  maksud diantara 3 talak tu. Saya memang tidak ada niat untuk lafaz talak 3.  niat dalamm hati ingin rujuk kembali sebelum saya lafaz. Rupanya saya tersalah lafaz talak. Dan tidak ada niat saya nak lafaz talak 3. Saya ingin rujuk dan sayang isteri saya. Terjadi pertelingkahan sedikit masa lafaz tu. Saya sayang isteri saya. Saya tidak rela nak lafaz talak 3.  Demi allah saya tak rela kn dgn talak 3 dan tidak berniat. Adakah still jatuh talak 3 ustad walaupn tnpa rela suaminya .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Nabi SAW menegaskan di dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak)(Riwayat Abu Daud).

Hadis di atas jelas menunjukkan larangan bermain-main dalam tiga perkara, terutama dalam urusan yang melibatkan talak kerana ia boleh menyebabkan kepada terputusnya hubungan antara suami dan isteri. Suami hendaklah senantiasa berhati-hati dalam menuturkan perkataan terutama ketika berlakunya salah faham atau perselisihan faham antara pasangan, agar tidak berlaku pertikaian di kemudian hari.

Lafaz talak yang sorih (jelas) dan sempurna ayatnya, apabila dilafazkan oleh suami kepada isterinya, walaupun tanpa niat, sama ada talak 1 atau 2 atau 3, maka lafaz tersebut boleh menyebabkan talak itu jatuh berdasarkan jumlah talak yang disebut. Walaupun suami menyatakan tiada niat atau tidak mengetahui kesan lafaz talak 3 itu, namun sekiranya lafaz itu sorih, maka ia boleh membawa jatuhnya talak 3.

Oleh kerana pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu jatuh atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar tuan merujuk perkara ini kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 84

message user image