Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum. Saya adalah seorang pesakit mental bipolar type 1 with mood congruent and psychosis. Baru baru ni saya ada tengok video tentang jenis lafaz cerai. Saya teringat yang awal tahun lalu saya pernah bergaduh dengan isteri tentang solat. Dalam keadaan yang sangat marah Saya ada mengatakan "kalau kau tak solat kita cerai". Mood saya sangat tak stabil waktu tu. Niat saya mengugut tapi dalam masa yang sama nak menceraikan. Dalam masa yang sama nak ajak ke mahkamah. Dalam masa yang sama rasa Allah yang akan pisahkan. Saya sendiri tak faham apa dalam fikiran saya sebab terlalu laju. Bila mental dan emosi saya tak stabil rasa nak bercerai tu sangat kuat tapi bila mental saya stabil saya lupa masalah tu. Soalan saya adakah lafaz cerai tersebut sah ketika emosi, akal dan fikiran terganggu dan tak faham akan kesan dari apa yang di lafazkan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz "kalau kau tak solat kita cerai" merupakan ayat berbentuk khabari iaitu perkhabaran atau hasrat suami. Maksudnya, jika isteri tidak solat mereka akan bercerai. Justeru, tidak jatuh talak secara serta merta semasa lafaz itu diucapkan. Adapun, dinasihatkan agar saudara kemukakan terus perkara ini ke Mahkamah Syariah di daerah tempat tinggal saudara untuk pengesahan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.