Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum..
Saya ada seorang anak angkat perempuan yang saya ambil sejak bayi..yang mana telah menjadi anak susuan..sekarang ni anak itu sudah berumur 8 tahun dan payudara dia juga sudah mula membesar..
Baru2 ni saya ada menegur anak ini supaya memakai baju singlet didalam..teguran saya begini.."kakak..bila main kat luar..pakai singlet kt dalam..tek kakak dah timbul...nampak xelok..tek tu dah macam tek ummi dh" (saya maksudkan yang sudah nak besar)
Adakah percakapan saya ni di kira zihar..?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, zihar ialah perkataan seorang suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya atau menyamakan mana-mana anggota isteri. Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan, beserta dengan niat zihar atau membawa makna zihar iaitu ingin mengharamkan hubungan suami isteri. Oleh itu, sekiranya ada anggota yang disamakan oleh suami, tetapi suami tidak berniat zihar maka tidak jatuh hukum zihar ke atasnya. Dalam isu ini, perbuatan zihar hendaklah dilihat dari segi niat dan cara perkataan itu dilafazkan. Imam Syafie menjelaskan bahawa sekiranya seorang suami berkata sesuatu yang mirip dengan zihar akan tetapi niatnya mulia seperti atas dasar kecantikan atau menyifatkan isterinya seperti ibunya pada saiz, bentuk atau sifat-sifat lain, maka ia tidak dikira sebagai zihar.
Sekian, terima kasih.