BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Aassalamu'alaikum. Apakah hukum diatas gaji pekerjaan yang mana ketika bekerja, pekerja telah menipu dan mengambil wang dari pelanggan?

Contohnya: Pekerja menghantar barang kepada pelanggam dan menyerahkan invois untuk bayaran. Setelah pelanggan membuat bayaran, pekerja mendapati bahawa bayaran itu berlebihan, namun pekerja mengatakan bayaran cukup. Kemudian pekerja mengambil lebihan wang tersebut dan serahkan jumlah sebenar bayaran kepada majikan.

Wang lebihan yang diambil pekerja tersebut adalah dikira haram kerana diperoleh dengan cara menipu. Yang menjadi persoalan saya adalah berkenaan gaji hasil pekerjaan pada hari itu kerana pekerja tidak menjalankan amanah yang diberikan secara tulus. Apakah hasil dari gaji pada hari tersebut adalah halal, haram atau syubahah?

Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an-Nisa' ayat 29:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوۤا۟ أَمۡوَ ٰ⁠لَكُم بَیۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.

Gaji dari pekerjaan yang dilakukan adalah halal kerana beliau telah melaksanakan tugas sesuai dengan tanggungjawab yang diberikan oleh majikan, melainkan beliau mencuri wang atau harta syarikat atau bersikap tidka amanah dengan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan. 

Manakala bagi isu baki wang pelanggan yang tidak dipulangkan adalah perbuatan menipu yang menyebabkan orang yang menipu telah melakukan dosa. Wang tersebut wajib dikembalikan kepada pelanggan tersebut sekiranya mampu, jika tidak maka bertaubatlah kepada Allah SWT atas kesilapan yang telah dilakukan, perbanyakkan bersedekah dari harta halal yang diperoleh, semoga dengan itu segala usaha akan lebih diberkati Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 99

message user image