BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, apa hukum jika saya telah membayar medical card hampir 3 tahun , tetapi tahun ini baru saya tahu medical card saya merupakan konvesional kerana tidak diberitahu oleh ejen berkenaan ini. Dan saya telah guna insurans tersebut untuk merawat penyakit pada tahun kedua. Sekiranya saya mengambil takaful, takaful tidak akan cover penyakit tersebut. Apakah hukum dan tindakan yang perlu saya lakukan ? Ada yang mencadangkan untuk saya ambil takaful pada masa yang sama. Tapi saya tidak mampu untuk membayar medical card melebihi rm300 sebulan.. saya khuatir ia akan menjadi haram sepanjang bayaran saya ke atas insurans ini. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umumnya, mengambil medical card konvensional atau apa-apa produk perlindungan yang berasaskan konvensional adalah suatu perkara yang diharamkan kerana ia telah diputuskan sebagai haram oleh pelbagai pihak autoriti agama seluruh dunia. Di samping itu kerana telah terdapat alternatif yang lebih baik iaitu takaful yang berasaskan tabarruk atau derma yang dikumpulkan dan kemudian diagihkan dalam kalangan ahli yang memerlukan.

Oleh itu, umat Islam mestilah berikhtiar untuk mencari jalan lain selain daripada terlibat dengan perkara yang jelas telah diharamkan dalam Islam. Memilih untuk menggunakan medical card konvensional dibolehkan hanya apabila tiada jalan lain boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa seseorang atau mengelak daripada kemudharatan yang besar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 156

message user image