BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum,saya wali yang tidak mahu nikahkan kakak kandung..permohonan perkahwinan  kali ke 2..perkahwinan yang pertama suami sudah meninggal dunia..semasa didalam edah,kami sekeluarga tangkap berliau  dengan bakal suami bersedudukan ketika dalam edah..selepas kejadian tangkapan itu,dia putuskan persaudaraan dengan kami sekeluarga..dia ingin bernikah,tetapi kami sekeluarga tidak benarkan,kini berliau bawa kes ini ke makamah syariah...untuk permohonan pertama ,makamah syariah menolak permohonan berliau,,kini berliau failkan saman makamah syariah kali ke 2 terhadap saya..saya ingin bertanye..jika berliau menang kes ini..berliau mengunakan wali hakim,tetapi saya dengan keluarga tidak rela dan tidak bersetuju,adakah perkahwinan itu di kira sah disisi undang-undang syariah??


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Wali adalah salah satu daripada rukun nikah. Perkahwinan seorang perempuan sama ada dewasa atau masih kecil, janda ataupun dara, hendaklah diakadkan oleh walinya. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Musa RA, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ

Maksudnya: Tidak sah nikah melainkan dengan wali. (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Menjadi kewajipan seorang wali untuk mengahwinkan perempuan di bawah pewaliannya sekiranya terdapat permintaan daripada perempuan tersebut melainkan sekiranya terdapat sebab-sebab tertentu yang dibenarkan oleh syara untuk tidak membolehkan perkahwinan tersebut. Sekiranya perempuan itu mengadu ke Mahkamah dan Mahkamah mendapati bahawa keenganan wali tidak wajar, maka pihak Mahkamah boleh membenarkan perempuan itu untuk berkahwin dengan berwalikan wali hakim atau wali raja, dan perkahwinan itu adalah sah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 69

message user image