BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz..saya nak tanya apakah hukum jika anak lelaki tak sah taraf tinggal bersama keluarga bapa biologinya yang sudah berkahwin lain dan mempunyai anak perempuan selepas dia bercerai dengan ibu kandung anak (tak sah taraf) tersebut?? Dan wajibkah bapa biologinya menafkahinya seperti dia(bapa biologi) menafkahi anak dan istrinya yang sah??


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Dalam hukum syara kewajipan memberi nafkah dan saraan hidup bagi anak tak sah taraf adalah terletak kepada ibunya atau keluarga ibunya, kecuali bapa biologinya itu reda dan sukarela untuk menampung dan memberi nafkah, maka ia sangat digalakkan.  

2. Hukum anak tidak sah taraf (lelaki) tinggal bersama bapa biologi yang mempunyai anak perempuan dengan isterinya yang baru, boleh membawa kepada permasalahan dari sudut aurat dan interaksi sehari-harian di rumah tersebut. Lebih-lebih lagi sekiranya anak lelaki itu telah baligh dan ini boleh membawa kepada hukum khalwat sekiranya ibu dan bapa anak perempuan tiada di rumah. Sebaiknya, anak tidak sah taraf itu dijaga oleh ibunya atau keluarga ibunya kerana ia adalah waris dan nasab yang sah kepada anak itu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 195

message user image