BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum yang berbahagia ustaz 

Saya nak tanya,siapakah 70 ummat yang disebut dalam hadis itu?adakah ia dari golongan umat nabi saw?adakah ia dari golongan kafir atau nasrani atau yahudi?

 

Hadis yang saya dapat seperti berikut.

 ان النبي (أشار بيده الى الشام فقال: هاهنا الى هاهنا تحشرون ركبانا ومشاة وعلى وجوهكم يوم القيامة،على أفواهكمالفدام،توفون سبعين أمة،أنتم خيرها وأكرمها على الله عز وجل

 

"Tangan rasulullah menunjuk ke arah syam,dan bersabda Disanalah kalian akan berkumpul,dengan berjalan kaki atau kenderaan atau berjalan terbalik(kepala dibawah) di hari kiamat,tukuh puluh umat (kelompok) akan mati,dan kalian adalah yang terbaik dan paling mulia diantara mereka bagi Allah.

(Hr syuaib Al Arnaut dari jalur abu hakim muawiyah,)

 

Dan juga Status hadis ini apa ya ustaz?terima kasih ustaz 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Hadis daripada Muawiyah bin Haidah RA, Nabi SAW menunjukkan tangannya ke arah Syam lalu bersabda: 

هَهُنَا تُحْشَرُونَ، وَأَوْمَأَ إِلَى الشَّامِ، مُشَاةً وَرُكْبَانًا وَتُجَرُّونَ عَلَى وُجُوهِكُمْ، تَأْتُونَ اللهَ يَوْمَ تَأْتُونَهُ وَعَلَى أَفْوَاهِكُمُ الْفِدَامُ، فَيَكُونُ أَوَّلَ مَا يُعْرِبُ عَنْ أَحَدِكُمْ فَخِذُهُ، تُوفُونَ سَبْعِينَ أُمَّةً أَنْتُمْ آخِرُهَا وَأَكْرَمُهَا عَلَى اللهِ

Maksudnya: Di sanalah kalian akan berkumpul dengan berjalan kaki atau berkenderaan atau berjalan secara terbalik (kepala di bawah) di hari kiamat nanti. Tujuh puluh umat akan mati dan kalian adalah yang terbaik dan paling mulia di antara mereka di sisi Allah SWT. (Riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Hakim dan lain-lain)

70 umat yang dimaksudkan adalah umum. Kemungkinan meliputi kesemua umat termasuk umat terdahulu dan umat Nabi SAW. Adapun bilangan 70 boleh difahami ada 70 umat atau sekadar menerangkan ada terlalu banyak umat dan yang terbaik adalah umat Nabi SAW.

Hadis ini sanadnya hasan.

والله أعلم بالصواب  

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 49

message user image