BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Badan Khairat Kematian surau di taman saya adalah dibawah pentadbiran surau. Pada beberapa tahun yang lepas, pihak surau telah mengasingkan pentadbiran tersebut dibawah pengendalian seorang individu  termasuk akaun/ kewangan dimana Wang Khairat Kematian di masukkan ke akaun peribadi tetapi dibawah 2 penama dimana seorang bertindak sebagai mengawal akaun tersebut. Walaubagaimanapun setelah diasingkan daripada pentadbiran surau, ianya tidak didaftarkan dengan pihak ROS. Masalah timbul apabila wang kutipan telah disalahgunakan oleh salah seorang penama di dalam akaun tersebut selama beberapa tahun dan hanya diketahui pada tahun ini.

Soalan saya -


1. Apakah tindakan mengasingkan pentadbiran surau & Khairat kematian merupakan satu tindakan yang betul?
2. Boleh kah wang tersebut di masukkan ke akaun peribadi dibawah 2 penama?
3. Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh individu yang pecah amanah tersebut?
4. Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh ahli setelah mengetahui wang telah disalahgunakan?
5. Apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada orang yang bertanggungjawab ke atas penyalahgunaan wang tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan:

1. Tindakan mengasingkan pentadbiran surau dan khairat kematian merupakan satu tindakan yang betul supaya tidak berlaku pertindihan dari segi pengurusan dan pentadbiran kewangan.

2. Wang khairat kematian tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadi walaupun dibawah 2 penama. Mestilah mengikut peraturan-peraturan sedia ada dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

3. Tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh individu yang pecah amanah adalah dengan menggantikan wang yang telah digunakan.

4. Tindakan yang boleh dilakukan oleh ahli adalah dengan membuat aduan kepada Bahagian Pengurusan Masjid Pejabat Agama Islam Daerah di mana surau itu berada. 

5. Serahkan kepada pihak Bahagian Pengurusan Masjid Pejabat Agama Islam Daerah untuk membuat tindakan selanjutnya. Tanggungjawab pihak pengadu untuk menyediakan bukti-bukti dakwaan dengan secukupnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 94

message user image