Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya. Soalan saya berkenaan lafaz taklik.
Saya dan suami pernah bertaklik berkaitan curang. Saya dah suami pernah dijatuhkan talak 1 pada 2017 berikutan telah berlakunya pelanggaran taklik tersebut.
Kemudian pada tahun 2018 kami telah bernikah semula. Walaubagaimanapun kejadian curang ini berulang lagi pada tahun 2020 tetapi tidak dirujuk ke mahkamah kerana tidak tahu tentang ini sehingga ke hari ni.
Soalan saya, adakah lafaz taklik akan kekal selamanya walaupun pelanggaran taklik telah berlaku dan juga telah bernikah semula dengan orang yang sama?
Jawapan
Sekiranya telah jatuh talak kerana berlakunya pelanggaran terhadap taklik yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya atau sebagainya, dan setelah habis eddah isteri tersebut, pasangan itu nikah semula, maka taklik yang telah dilanggar itu tidak mengikat pasangan setelah mereka bernikah semula.
Sekian, terima kasih.