Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Aslm ustazah/ustaz.. saya nak tanya.. wujud ke puasa sunat 40 hari terus? Saya dengar puasa itu untuk lapangkan hati dan ilmu senang masuk untuk belajar tapi x pasti sahih ke tidak.. maaf mengganggu
Jawapan
Puasa selama 40 hari pernah diamalkan pada zaman nabi-nabi terdahulu. Sebagai contoh kisah nabi Musa AS pernah bermunajat dan berpuasa selama 40 hari semasa berada di bukit Tursina untuk menerima wahyu daripada Allah SWT. Pada zaman Nabi Muhammad SAW tidak terdapat pensyariatan untuk berpuasa sunat selama 40 hari secara berturut-turut, tetapi terdapat banyak puasa sunat yang lain seperti :-
Oleh yang demikian, setiap amal ibadah, perbuatan baik mempunyai ganjaran pahala. Setiap amalan berpuasa mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Rasa lapar saat berpuasa dapat membersihkan hati dari sifat tamak, riya' dan dengki sehingga melapangkan hati dan melahirkan jiwa yang lembut dan tidak sombong. Namun jika seseorang hendak melakukan puasa sunat sebanyak 40 hari berturut-turut diharuskan dengan syarat tidak mengaitkan bahawa ia adalah suatu sunah daripada Nabi Muhammad SAW. Ini kerana disunatkan untuk berpuasa pada bila-bila masa melainkan pada hari yang diharamkan berpuasa.
Sekian, terima kasih.