BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum wbt

pertanyaan saya tentang ibadat umrah.

saya melakukan umrah pada tahun 2012 dan 2013.

pada ketika itu, saya jahil tentang hadas kecil, pada saya keputihan/mazi dianggap suci. jadinya saya tidak cakna tentang keputihan sebelum berwudhu atau sebelum tawaf juga sebelum menunaikan solat.

bagaimana dengan hukum umrah tersebut kerana kemungkinan besar saya berada dalam keadaan berhadas ketika tawaf wajib?

saya menyedarinya selepas beberapa tahun apabila belajar hukum hukum agama

pada tahun 2020, saya kerjakan umrah semula dan pada ketika itu telah faham tentang hadas.

apakah hukum umrah tahun 2012 dan 2013,

adakah saya masih dalam keadaan ihram atau perlu bayar dam ? mohon bantuan penjelasan dari pihak tuan.

berkenaan tentang solat yg tidak sah kerana berhadas kecil itu bagaimana harus saya qadha?

terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, perasaan ragu-ragu tidak membatalkan yang yakin. Ia berdasarkan kepada kaedah fiqh: 

البقين لا يزول بالشك

Maksudnya: Keyakinan itu tidak dapat dihapuskan dengan perasaan syak (tidak pasti) 

Apabila telah diyakini sebelum berwudhuk, melakukan tawaf dan solat telah membersihkan semua keputihan atau najis maka ibadah umrah tersebut telah sah. Rasa ragu yang timbul setelah beberapa tahun melakukan ibadah umrah tidak membatalkan keyakinan puan serta solat tersebut tidak perlu diqadha semula. 

Namun begitu, jika diyakini sebelum berwudhuk, tawaf dan solat tidak membersihkan dan mensucikan diri daripada hadas, maka puan masih berada dalam ihram sehingga melakukan ibadah umrah seterusnya pada tahun 2020. Hendaklah membayar dam sebagaimana yang ditetapkan sebagai kafarah umrah pertama tidak dilakukan dengan sempurna. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 60

message user image