BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 

 

Boleh jelaskan maksud keseluruhan marhaban yang selalu digunakan dr kitab berzanji?

Adakah lirik nya tiada masalah utk dinyanyikan, atau ada unsur yg tidak menepati syariat seperti pujian melampau, kisah tidak sahih? 

Saya igin tahu kerana tidka memahami bahasa arab dgn baik, serta aktiviti marhaban menggunakan lirik dr kitab ini biasa dilakukan di Malaysia. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 3 Oktober 2018 berkenaan "KAJIAN ISU HUKUM YANG TERDAPAT DALAM KITAB MAULID AL BERZANJI": 

1.“ Amalan Menyambut Maulidur Rasul, berzanji dan marhaban adalah tidak bercanggah dengan hukum syarak dan amalan tersebut adalah bidaah hasanah.

2. Berdiri ketika membaca selawat semasa Marhaban adalah tidak bercanggah dengan hukum syarak.Namun, masyarakat Islam perlulah diberi kefahaman agar perkara yang membawa Khurafat dijauhkan daripada amalan berzanji seperti meletakkan kerusi Khusus untuk menyambut kedatangan nabi atau melambai-lambai seolah-olah Nabi datang dan seumpamanya.

3.  Isu yang dibangkitkan oleh golongan anti berzanji bahawa Syeikh Ja'far al-Barzanji terpengaruh dengan pemikiran Syiah atau beliau merupakan seorang Syiah adalah dakwaan yang tidak disokong oleh data yang jelas dan benar. bahkan tohmahan tersebut dilihat selari dengan tohmahan orientalis.Tohmahan ini ditolak dan ia tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk mengharamkan amalan berzanji.

4. Puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW yang terkandung dalam kitab berzanji merupakan pujian yang masih berada dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syara' . Oleh itu selawat yang terkandung dalam Marhaban adalah tidak bercanggah dengan hukum syarak.

5. Bertawassul dan beristighasah dengan Nabi Muhammad SAW, para nabi dan rasul serta orang soleh sama ada ketika mereka masih hidup atau selepas mereka meninggal dunia adalah dibenarkan oleh syarak, bahkan digalakkan. Oleh itu tawassul dan istighatsah yang terkandung dalam Marhaban adalah tidak bercanggah dengan hukum syarak.

6. Kesemua kisah berkaitan kelahiran Nabi Muhammad yang dinyatakan dalam kitab berzanji mempunyai sanad. terdapat kisah yang bersumberkan Nas dengan sanad yang sahih, walaupun sebahagian besarnya bersumberkan athar yang dhaif. kisah tersebut tidak menimbulkan isu hukum, ia hanya dalam kategori irhasat iaitu keistimewaan Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik menjadi Rasul dan juga busyra, berita gembira dengan kelahiran Baginda.

7. Dakwaan anti berzanji yang menggunakan terjemahan sendiri adalah tidak menepati dan tidak berlandaskan maksud teks prosa berzanji yang sebenar. oleh itu umat Islam hendaklah berhati-hati dengan terjemahan dan dakwaan mereka ”.

Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih berkenaan mawlid al-Barzanji, boleh baca Amalan Barzanji Menurut Persepktif Islam oleh Syeikh Muhd Fuad al-Maliki di pautan berikut:

 chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://penuntutilmu.com/wp-content/uploads/2016/11/2008-amalan-barzanji-menurut-perspektif-islam.pdf 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 63

message user image