Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAMUALAIKUM
apakah hukum menjadi pemain professional di dalam permainan video?
& apakah boleh saya mengikut pertandingan yang boleh menjana wang
bagaimana hukum bagi wang tersebut?
Terima Kasih...
Jawapan
Hukum asal bermain permainan online atau dalam talian adalah diharuskan. Ini berpandukan kaedah fiqah yang menyatakan:
Maksudnya: Hukum asal sesuatu perkara adalah diharuskan, sehingga datang dalil (yang menunjukkan) pengharamannya.
Namun, sesuatu permainan boleh menjadi haram, sekiranya permainan tersebut mempunyai unsur atau perkara yang membawa pengharaman seperti:
Ini berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah :
Maksudnya: Sesuatu perkara yang membawa kepada yang haram, maka perkara tersebut hukumnya adalah haram.
Menjawab soalan yang diajukan, secara umumnya, menjadi pemian professional di dalam permainan video adalah diharuskan selagi tidak melibatkan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak. Begitu hukum menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah wang adalah diharuskan jika tidak melibatkan perkara yang diharamkan seperti perjudian dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.