Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Soalan saya berkisar kepada cara solat berdiri.
Bagaimana sekiranya seseorang itu mampu berjalan dan berdiri dgn sempurna. Tetapi beliau mempunya masaalah kaki kebas dan sakit lutut utk sujud di lantai.
Dalam keadaan dimana beliau berada di tempat orang yang tiada kerusi atau tempat yg sesuai untuk solat duduk. Bagaimanakah cara yang sesuai? Adakah dibolehkan beliau melakukan solat berdiri sepenuhnya dan sujud juga dlm keadaan berdiri @seperti rukuk?
mohon pencerahan moga dapat membantu.
Jawapan
Hadis daripada Imran bin Husain RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Solatlah dalam keadaan berdiri sekiranya tidak mampu dalam keadaan duduk, sekiranya tidak mampu solatlah di atas lambung” (Riwayat al-Bukhari)
Merujuk kepada persoalan puan, hendaklah berusaha solat dalam keadaan yang sempurna. Jika dalam kesakitan yang boleh mendatangkan kemudharatan, dibolehkan menggantikan rukun solat yang tidak mampu dilakukan itu dengan cara-cara yang ditentukan syarak. Bagi situasi yang diberi,
1- Boleh sujud dalam bentuk rukuk dengan menundukkan kepala lebih daripada had kesempurnaan rukuk.
2- Sekiranya tidak mampu, maka boleh sujud dalam bentuk rukuk.
Imam Syamsuddin al-Ramli berkata;
Maksudnya: “Sekiranya orang bersolat itu hanya mampu untuk rukuk sahaja maka dia perlu mengulangi rukuk untuk menggantikan sujud. Sesiapa yang mampu untuk melebihkan daripada kadar kesempurnaan rukuk maka hendaklah dia melakukannya. Hal ini kerana wajib membezakan antara rukuk dan sujud bagi orang yang mampu untuk melakukannya walaupun dia tidak mampu untuk sujud. Sekiranya dia mampu sujud dengan bahagian hadapan kepalanya atau dengan bahagian tepi wajah menjadikannya lebih rapat ke bumi maka wajib dia melakukannya. Jika dia tidak mampu maka boleh menggunakan isyarat dan sujud mestilah lebih rendah daripada rukuk."
Sekian, terima kasih.