Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, Tuan/Puan...sy nk bertanya tentang keraguan sy selama ni. Sy ada buat 2 kerja...Siang sy kerja 8pg - 5 ptg, belah malam sy buat part time.
Dlm proses sy nk terima ke atau tak tawaran abg sy tu, byk sy fikirkan, antara salah satu faktor, kelewatan gaji. Memikirkan ttg komitmen, Alhamdulillah gaji siang dpt cover. Yg part time ni cover utk nk mkn minum, maintenance motor, modal beli game utk konten YouTube dan selebihnya dpt la buat simpanan sikit2. Kalau sy terima part time dgn abg sy, dia akan menganggu sikit utk kebiasaan yg sy dpt bulan2. Disitu sy mula bimbang makan minum, maintenance motor dan modal game tu akan tergangu.
Soalan sy, adakah kebimbangan sy tu boleh jatuh syirik?..sy percaya dan yakin rezeki Allah yg bg...cuma sy terfikir, adakah kerisauan ni menjadikan sy seorg yg tak yakin pd rezeki Allah. Sy minta jasa baik pihak Tuan/Puan boleh menjawab keraguan sy ni...Sekian terima kasih.
Jawapan
Bagi menjawab soalan yang diajukan:
Pertama, harus untuk buat kerja sambilan dalam keadaan mempunyai pekerjaan tetap dengan syarat ia tidak mengganggu komitmen sebagai pekerja. Hal ini kerana kerja merupakan satu amanah dan kita dibayar gaji atas kerja yang dilakukan. Sekiranya melakukan kerja smabilan perlu melaprkan kepada Ketua Jabatan atau majikan, maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi.
Kedua, kerisauan terhadap rezeki tidaklah akan membuat seseorang itu syirik secara langsung. Ia akan dikira mensyirikkan Allah SWT jika yakin gaji itu yang memberikan rezeki. Khuatir akan rezeki dalam keadaan yakin Allah SWT memberi rezeki tidak jatuh syirik.
Sekian, terima kasih.