Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanya jika saya sertu tanpa menghilangkan najis dahulu ( saya membersihkan najis tersebut selepas disiram sekali air tanah dan terdapat tanah pada kawasan tersebut dan menggosoknya ) kemudian saya bilas 6 kali dgn air mutlak dgn menggosok kawasan yang terkena najis tersebut, adakah sertu saya sah? Dan jika tidak sah apa yang perlu saya lakukan kerana tangan saya yg digunakan untuk menyertu barangan tersebut telah menyentuh telefon bimbit, barangan di dalam rumah dan sebagai nya
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya sekiranya tempat yang terkena najis tersebut telah diyakini tiada zat najis maka tempat tersebut telah dikira suci, namun sebaliknya jika masih ada lagi sisa najis tersebut maka perlu dibersihkan sehingga hilang zat najis itu hilang. Adapun cara sertu yang tuan lakukan adalah menepati kaedah yang ditetapkan dalam syariat Islam dan sertu yang telah dilakukan itu adalah sah. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sucinya bekas salah seorang di antara kamu apabila ia (bekas) dijilat anjing adalah dengan cara membasuhnya sebanyak tujuh kali dan yang pertama (basuhan) dengan tanah.
Sekian, terima kasih.