Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya tinggal di Gombak dan bekerja di Melaka. Setiap hari saya berulang alik ke tempat kerja. Boleh tak saya solat jamak qasar Zuhur dan Asar di pejabat saya setiap hari?
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan dan situasi yang dikemukakan, boleh melakukan solat jamak dan qasar sepanjang bekerja di Melaka kerana jarak perjalanan melebihi 2 marhalah. Adapun ketika sampai di kawasan permukiman tempat tinggal tuan di Gombak, tidak boleh untuk mengambil rukhsah tersebut dan perlu dilakukan solat secara sempurna.
Sekian, terima kasih.