BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan 1

Adakah Mandi wajib sah jika terdapat kotoran berwarna hitam di Dalam bahagian kuku (seperti di pertengahan kuku)

Soalan 2

Adakah Mandi wajib sah jika terdapat kudis Yang melekat Di pusat


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Merujuk persoalan pertama yang diajukan, perkara yang perlu diambil kira ialah sekiranya kotoran bewarna hitam di bawah kuku tersebut terjadi daripada suhu atau tindakbalas semulajadi badan, maka ianya tidak menjejaskan maka sah mandi wajib tersebut. Namun begitu, jika sekiranya kotoran itu daripada kotoran luar seperti tanah, tepung dan sebagainya yang termasuk di dalam kuku, maka wajib untuk menghilangkannya terlebih dahulu supaya air sampai ke dalam kukunya. Barulah sah mandi wajib tersebut.

Oleh yang demikian, sebagai langkah berjaga-jaga seharusnya kita hendaklah menghilangkan dahulu apa-apa sahaja kotoran yang ada di dalam kuku sebelum mandi wajib. Manakala  persoalan kedua pula ialah sekiranya diyakini air telah diratakan sehingga mengenai pusat maka sahlah mandi wajib tersebut.

.والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 60

message user image