BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Encik/Cik.

Saya nak tanya, boleh ke
1. Kita main permainan miniature seperti Warhammer 40?
2. Kalau boleh, lepas main boleh ke kita simpan dalam kotak/tempat tersorok dalam rumah?

Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Memiliki patung-patung kecil sebagai permainan adalah harus selagimana ia tidak diagungkan atau dimuliakan dan ia tidak membawa kepada pembaziran maksud tidak dimuliakan atau diagungkan itu adalah keadaan di mana patung-patung kecil itu adakalanya dilempar, dileraikan dan sebagainya, ia hanya dianggap sekadar barang permainan kanak-kanak. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Aisyah RA:

كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – وَكَانَ لِى صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِى ، فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ ، فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَىَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِى

Maksudnya: Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginda menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku. (Riwayat al-Bukhari)

Walaupun begitu, dalam situasi menjadikan patung-patung sebagai barang yang dipamerkan sebagai koleksi sebaiknya dielakkan agar tidak timbul perasaan-perasaan kagum, memuja dan sebagainya dalam hati. Elakkan diri daripada sebarang perkara yang boleh menghampiri perkara yang dilarang sebagai langkah sadd al-zari'ah iaitu menutup pintu-pintu kebarangkalian berlakunya perkara yang dilarang.

2. Sekiranya ianya memang digunakan untuk permainan maka simpanlah ia ditempat yang sesuai seperti di dalam stor, dalam almari dan lain-lain tempat simpanan yang sesuai.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 100

message user image