Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
as satizah yang mengiklankan perniagaan mereka sewaktu berkulia dimasjid atau pun surau.dalam sebuah hadis riwayat tirmidzi bila kamu melihat orang berjual beli didalam masjid maka doakan moga tiada keuntungan dalam perniagaanmu hadis no.1321.dalam masa yg sama terdapat juga hadis yang melarang kita untuk mengiklankan barangan kita yang hilang didalam masjid.mutakhir ini perkara ini menjadi kebiasaan dikalangan as satizah.mohon pencerahan.
Jawapan
Berdasarkan soalan yang diajukan, terdapat tiga isu yang perlu kita fahami. Pertama isu iklankan perniagaan. Kedua isu jual beli dalam masjid. Ketiga isu iklankan barang hilang dalam masjid.
Pertama, mengiklankan perniagaan dan barang jualan di dalam masjid adalah dilarang. Ini kerana mengiklankan perniagaan termasuk dalam unsur jual beli.
Kedua, jual beli dalam masjid juga adalah perbuatan yang dilarang sama sekali di dalam masjid. Perlu diambil perhatian bahawa yang dimaksudkan dengan masjid adalah kawasan suci yang tidak boleh dimasuki oleh wanita haid dan nifas. Adapun kawasan masjid lain seperti kawasan parkir dan koridor adalah dibenarkan untuk berjual beli dengan syarat menjaga ketenteraman, kesucian dan kebersihan masjid.
Ketiga, mengiklankan barang yang hilang dalam masjid adalah dilarang. Sebagai alternatif gunakan papan kenyataan di luar dewan solat untuk membuat pengumuman dan memberikan maklumat tentang kehilangan barang.
Sekian, terima kasih.