BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apa hukum duit syarikat  pinjaman komoduti berlesen diguna kan perbelanjaaan seharian contoh makan,bagi ibu baba,bayar kereta,bagi belanje anak2 Dan maca.mcm2 lagi ..harap dapat uztaz beri perjelasan hukum menggunakan duit pinjaman komoduti berlesen tersebut bagi orang beragama islam


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, harus hukumnya membelanjakan duit pinjaman tersebut dengan syarat pinjaman yang dibuat adalah dari syarikat komoditi berlesen yang patuh syariah.

Sekiranya syarikat tersebut mempunyai unsur yang berlandaskan kepada sistem konvensional yang tidak patuh syariah, maka ia tidak dibenarkan kerana jelas bertentangan dengan hukum syarak. Justeru, dinasihatkan agar umat Islam lebih berhati-hati dan perlulah meneliti terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pinjaman daripada mana-mana syarikat komoditi berlesen supaya terhindar daripada perkara syubhah dan haram. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 93

message user image