Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualikum ..saya ingin bertanya, pakaian anak saya skirtnya terdapat sedikit coklat seperti tahi
Tetapi saya tak jelas betul atau tidak tahi.saya bau seperrti bau najis besar. Lalu saya basuh asing tidak mengunakan mesin basuh. Akan tetapi seluar dalamnya saya terlepas pandang saaya bilas dengan air sahaja 2 3 kali smbil perah dan masukan ke dalam mesin auto .selesai.membasuh baru saya perasan di seluar dalam juga terdapat sisa.coklat yang saya kurang pasti tahi atau tidak.tetapi saya meragui jika itu najis
Adakah semua baju2 saya turut najis. Akan twtapi sebelum.masukkn ke dlm mesin auto saya sudh pum mmbilas seluar dlm itu 2 3 ..sekadar membilas tidak memberus shingga najis hilang bau werna dan rsa.. ..mohon pencerahn
Jawapan
Secara asasnya, sesuatu perkara itu dianggap najis apabila diyakini tempat tersebut terdapat najis iaitu melalui ain, warna dan rasa dan ia perlu disucikan sehingga hilang tiga ciri tersebut. Jika sekadar andaian atau tidak pasti ia terkena najis ataupun tidak, maka ia kembali kepada kaedah fiqh:
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan
Justeru itu, pakaian yang terdapat dalam mesin basuh tersebut tidak dianggap sebagai terkena najis kerana pada asalnya tiada najis sehingga diyakini tempat atau pakaian tersebut ada najis dengan disertakan salah satu sifatnya iaitu ada bau, warna atau rasa.
Sekian, terima kasih.