Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum saya ingin bertanya. Saya maklum hukum menonton cerita yang ada unsur maksiat begitu haram. Bagaimana pula sekiranya seseorang menonton cerita sebegitu di platform seperti youtube, yang dimana pemilik channel tersebut akan mendapatkan untung dari iklan yang penonton lihat. Dan channel tersebut pula pemiliknya adalah bukan islam, dan mereka memang banyak menghasilkan cerita seperti itu dan juga cerita yang berunsur magic dan juga agama lain seperti Buddhist dan Christiant. Soalan saya, adakah dengan menonton cerita di channel tersebut, dikira sebagai membantu pemilik channel tersebut untuk menghasilkan lagi cerita yang berunsur maksiat dan agama lain? Adakah penontonnya akan menanggung dosa sekiranya selepas daripada itu channel itu mengeluarkan cerita-cerita baru berunsur seperti yang disebutkan di atas?
Jawapan
Perbuatan melihat perkara maksiat merupakan suatu perkara maksiat yang dilarang oleh Allah. Sebagai orang Islam, hendaklah berusaha untuk menjauhi dan mencegah perbuatan tersebut dengan tidak menontonnya sebagai salah satu usaha untuk menjauhi perkara maksiat. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).
Walau bagaimanapun menonton cerita berkaitan magic atau sihir bukanlan suatu larangan sekiranya bertujuan sebagai hiburan semata-mata selagi tidak meyakini atau membenarkan perkara tersebut. Melainkan sekiranya terdapat unsur yang dilarang seperti terdapat gambar berhala dan sebagainya, maka ia adalah dilarang.