Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Aslm. Saya nak tanya, kawasan rumah saya kadang kadang tak dengar orang azan, jadi saya selalu google waktu solat berdasarkan kawasan saya. Jadi, boleh atau tidak saya solat ikut masa yang saya google itu?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, diharuskan merujuk waktu solat yang terdapat di dalam Google. Walau bagaimanapn, perlu dipastikan waktu yang dipaparkan itu bertepatan dengan waktu solat yang telah ditetapkan oleh badan yang berautoriti seperti Jabatan Mufti Negeri ataupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sebaiknya layari terus ke Laman Web rasmi JAKIM atau applikasi khas jadual waktu solat Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Sila layari laman web rasmi JAKIM: https://www.e-solat.gov.my/
Sila layari lama applikasi rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor: https://efalak.muftiselangor.gov.my/landing-page
Sekian, terima kasih.