BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum ust, soalan saya berkaitan bayaran@yuran tadika. Adakah boleh pihak tadika meminta bayaran yuran tanpa kita mengunakan perkhidmatan mereka. Anak saya berhenti tadika bulan November. Namun pihak tadika tetap meminta kami bayar bulan Disember. Segala pencerahan dari pihak tuan saya akan jadikan sebagai panduan. In shaa Allah 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan :

Bayaran tanpa melibatkan perkhidmatan adalah tidak sah. Namun situasi bayaran kepada tadika tersebut perlu merujuk kepada dokumen perjanjian (agreement) semasa pendaftaran di awal sesi persekolahan. Jika dalam dokumen tersebut dinyatakan bahawa yuran tetap perlu dibayar walaupun anak berhenti, maka ibu bapa terikat dengan syarat itu. Namun, jika tiada syarat sebegitu dinyatakan, tindakan tadika menuntut bayaran bagi bulan Disember boleh dipertikaikan.

Kedua-dua pihak adalah dinasihatkan untuk berbincang khususnya berdasarkan kepada terma dan syarat perjanjian atau sebarang peraturan yang telah dipersetujui lebih awal jika ada, dengan syarat terma dan syarat serta peraturan tersebut tidak melanggar syarak. Jika tiada kata sepakat, anda boleh rujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Tribunal ini boleh membantu menyelesaikan pertikaian dengan cara yang lebih formal dan adil.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 103

message user image