BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum....

Nak Tanya ttg ayah saya ada beli tanah lot & telah buat rumah utk didiami. Ada bahagian tanah rezab kerajaan yg mana kami telah tambak & buat stor. Kami maklum sekiranya pihak kerajaan akan ambil bahagian tersebut Dan kami x akan bantah atau buat apa2 tuntutan.

Sekarang bahagian stor itu telah kami sewakan buat bilik sewa. Pertanyaan saya blh kah kami makan hasil sewa tersebut sedangkan tanah itu bukan milik kami.

 

Harap dapat bantu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Mengambil keuntungan daripada hasil sewaan bilik sewa di atas tanah rizab kerajaan adalah dilarang kerana tanah tersebut bukan hak milik peribadi. Dalam siyasah syar’iyyah, mengimarahkan tanah atau menghidupkan tanah terbahagi kepada dua keadaan. Jika sekiranya tempat orang ramai dan kerajaan mempunyai pelan pembangunan secara khusus berkenaan dengan tanah-tanah yang belum diguna pakai, maka dalam menjawab persoalan di atas, saya nyatakan bahawa perlu mendapat keizinan dari pihak kerajaan atau badan-badan yang telah diberi amanah untuk mengurus isu tanah ini. 

Hal ini penting supaya tidak timbul perselisihan dan pertentangan antara kerajaan dan yang membangun tanah rizab tersebut. Ini sudah tentu kesudahannya adalah tidak baik serta seolah-olah menampakkan penindasan tetapi pada hakikatnya, pada peringkat awal lagi, tindakan yang dibuat adalah tidak benar dan tidak betul.

Tetapi jika sekiranya sebuah kerajaan itu mempunyai penduduk yang sedikit dan tanah yang luas di samping toleransi kerajaan agar permintaan rakyat untuk membangunkan perusahaan atau pertanian dengan dasar terbuka, maka ketika itu tidaklah menjadi masalah. Elakkan daripada membina bangunan kekal dan juga pertanian dengan tanaman yang bersifat mengambil masa lama seperti pokok kelapa, pokok mempelam. Sebaliknya, jika seperti sawi, lada, kobis, terung, petola dan lain-lain lagi yang bersifat masa yang pendek, maka hukumya dibolehkan selepas diberi kebenaran. 

Justeru itu, seandainya pihak puan ingin menggunakan jua tanah tersebut maka disarankan agar memohon kebenaran dan permit daripada pihak berkuasa tempatan yang berdekatan seperti Majlis Perbandaran untuk  mendapatkan pengesahan hak milik kepenggunaan tanah secara rasmi. Sekiranya permohonan tidak diluluskan dan terdapat aduan daripada pihak lain berkenaan pembangunan yang didirikan di atas kawasan tanah rizab, maka pihak berkuasa tempatan berhak mengambil tindakan selanjutnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 68

message user image