BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ingin bertanya mengenai pandangan mazhab Syafie dan hanafi mengenai najis hukmi dan aini dalam pengubahsuaian genetik seperti babi di dalam proses gmo dan gmf


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

GMF (makanan ubah suai genetik) adalah makanan yang telah melalui proses kejuruteraan genetik dengan mengubah struktur dan ciri-ciri gen secara langsung. GMO (organisma hidup yang diubah suai secara genetik) adalah organisma yang genetiknya telah diubahsuai melalui kaedah bioteknologi moden.

Isu GMF dan GMO adalah isu baharu dan semasa yang tidak dibincangkan secara khusus dalam kitab-kitab klasik. Walaupun begitu, isu ini ada asal dan asasnya daripada kitab-kitab fiqh seperti proses istihalah, istihlak, dan lain-lain lagi. Setakat carian terkini masih tidak dijumpai lagi fatwa khusus di Malaysia menyebutkan tentang isu ini.Terdapat beberapa penyelidikan dan artikel membincangkan isu ini seperti berikut:

https://fiqh.um.edu.my/index.php/fiqh/article/download/4272/2116/10345

https://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/284/186

Walau bagaimanapun, GMF dan GMO secara umum diharuskan selama tidak menyebabkan kemudharatan. Namun jika proses tersebut melibatkan babi, maka dalam mazhab Syafie ia adalah najis mughalazah. Oleh itu, mana-mana komponen yang diambil daripada anggota badan babi adalah dianggap sebagai najis. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 46

message user image