Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Mengenai kemusykilan agama bab kebersihan yang saya hadapi.Soalannya,apakah hukum air yang mengalir dari kesan taik burung yang melekat di badan kereta dan pagar rumah saya yang mengalir dan bertakung didepan rumah kerana menurut pengetahuan saya, najis yang basah dikira masih najis serta najis tersebut telah merebak dan bertakung di hadapan rumah saya.
Apakah hukan bila saya memijak air yang bertakung itu kerana ia sukar untuk dielakkan.
Sekian
Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, berkenaan najis burung sekiranya ia sedikit dan boleh dielakkan apabila hujan dan mengalir air bersama najis burung tersebut maka air itu hukumnya mutanajjis. Namun, jika tiada najis tidaklah menjadi mutanajis air yang bertakung di depan rumah itu.
Adapun, jika najis burung itu banyak dan sukar dikawal/ dielakkan maka ia dimaafkan berdasarkan kaedah umum al-balwa kerana terdapat kesukaran. Lebih-lebih lagi yang kereta diletakkan di luar pagar rumah dan keadaan terbuka (tiada bumbung dan sebagainya).
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih