Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya nak bertanya.
Semalam saya letakkan sampah di depan pintu rumah. Tapi saya terlupa tutup pagar rumah.
Tengah malam baru saya tutup pagar rumah.
Keesokan pagi nya saya perasan plastik sampah saya sedikit terkoyak dan ada isi makanan terkeluar.
Saya pernah lihat anjing di sekitar perumahan saya. Adakah mungkin anjing yang buat?
dan perlu ke untuk saya sertu ruang depan pintu rumah itu?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, jika tiada bukti jelas seperti anda melihat sendiri anjing mengoyakkan plastik atau terdapat kesan air liur, maka tidak wajib sertu. Keraguan (syak) semata-mata tidak menjadikan tempat tersebut najis. Imam al-Nawawi menyatakan di dalam kitabnya:
Maksudnya: Dan jika seseorang ragu-ragu tentang kenajisan sesuatu sama ada adakah ia najis atau tidak, maka hukumnya adalah suci kerana asalnya adalah suci dan dia tidak dibebani untuk melakukan ihtiyat (berhati-hati tanpa bukti). (Al-Majmu', jil. 2, ms. 598).
Oleh itu, sekiranya tiada bukti kukuh bahawa anjing telah menyentuh kawasan tersebut, maka ia dianggap suci menurut hukum asal.
Namun jika jelas terdapat kesan najis anjing seperti air liur (berlendir) atau najis yang boleh dikenalpasti, maka kawasan tersebut perlu disertu mengikut kaedah yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.