Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya mohon pencerahan. Company tempat saya bekerja ada mengadakan jamuan makan2 dan sesi pertukaran hadiah, saja utk memeriahkan suasana dan menggembirakan hati staff yang lain. Jadi soalan saya disini, boleh ke kita balut hadiah tersebut dengan pembalut hadiah yang ada tulisan merry christmas tetapi kita tiada niat utk menyambut perayaan tersebut. Jadi ape hukumnya ye? Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan
Tiada masalah untuk menggunakan pembalut yang mempunyai tulisan "merry christmas" atau yang berkaitan dengan perayaan ini. Dengan syarat tidak mempercayai perayaan ini serta tidak menyambutnya. Walaupun begitu, bagi mengelakkan fitnah, seeloknya tidak menggunakan pembalut hadiah bertulisan "merry christmas" atau yang berkaitan dengan perayaan ini. Bahkan kita mempunyai pilihan untuk mencari dan menggunakan pembalut hadiah lain. Perkara ini bukanlah perkara yang darurat sehingga perlu menggunapakai pembalut hadiah "merry christmas". Namun jika bertukar-tukar hadiah itu dilakukan dengan niat untuk menyambut Hari Krismas maka wajib dielakkan.
Sekian, terima kasih.