BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalaamu'alaikum, Saya merupakan pemegang kad oku. JKM ada memberi elaun oku bagi oku yang bekerja dengan syarat gaji di bawah Rm1500. Soalan saya, adakah boleh saya memohon elaun itu sedangkan gaji saya lebih dari Rm1500 (contoh bergaji Rm2000) dan jika lulus, apakah hukumnya ? Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, tiada salah jika ingin cuba membuat permohonan walaupun gaji melebihi syarat yang ditetapkan. Namun begitu, setiap permohonan yang dibuat, hendaklah dikemukakan maklumat peribadi yang benar supaya pihak yang membuat keputusan dapat menilai dan memutuskan sama ada tuan layak menerima ataupun tidak permohonan tersebut.

Perkara ini bagi mengelak daripada berlakunya mengambil hak orang lain sebagaimana dilarang oleh Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 29:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

Jika permohonan tersebut menetapkan tuan layak menerima elaun tersebut atas sebab-sebab tertentu yang perlu diambil kira seperti kos rawatan dan sebagainya, ia menjadi hak tuan untuk menerimanya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 56

message user image