Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam ustaz, apa hukum menjadi joki game. Game tiada unsur judi cuma game biasa2 sahaja, tetapi untuk menang atau naikkan level perlu skill, jadi dengan menggunakan skill tu saya ambil upah untuk joki dan tetapkan harga bagi servis tersebut. Contoh untuk joki satu account customer perlu bayar rm30 selepas saya selesai joki. Harga saya dah tetapkan, cuma jika tak berjaya customer tak perlu bayar apa-apa. Saya perlukan pencerahan akan hukum joki account game dan berharap mendapat jawapan. Terima kasih ustaz.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan. Hukum asal bermain game atau mana-mana permainan elektronik adalah diharuskan. Ini berpandukan kaedah fiqah yang menyatakan:
Maksudnya: Hukum asal sesuatu perkara adalah diharuskan, sehingga datang dalil (yang menunjukkan) pengharamannya.
Namun, sesuatu permainan boleh menjadi haram, sekiranya permainan tersebut mempunyai unsur atau perkara yang membawa pengharaman seperti:
Ini berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah :
Maksudnya: Sesuatu perkara yang membawa kepada yang haram, maka perkara tersebut hukumnya adalah haram.
Merujuk pada persoalan saudara, hukum menjadi joki adalah harus dengan mengambil upah yang sewajarnya bagi membantu para pemain lain. Walaubagaimanapun, perlu mengikut etika dan tidak terlibat dengan unsur-unsur di atas yang boleh menjurus kepada perkara haram.
Sekian, terima kasih.