BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.Saya nak bertanya berkaitan hal rumah tangga. Apakah hukum keatas seorang isteri apabila suaminya melarang dia untuk bercakap dan berjumpa dengn seseorang lelaki bukan mahram tetapi dia tetap jumpa lelaki itu dan bercakap dengn lelaki bukan mahram itu dengn alasannya dia adalah rakan sekerjanya sedangkan saya sebagai suami berasa cemburu dan sakit hati apabila mereka bercakap dan berjumpa walaupun di  khalayak ramai.. PerKara inilah menyebabkan rumah tangga saya tidak tenang dan terganggu. Saya juga meminta untuk istri saya berpindah dari tempat kerjanya yang jauh untuk kerja lebih dekat dengn saya dimana saya tinggal dan bekerja d ampang selangor dia bekerja dan tinggal di Kluang Johor. Wajibka dia patuh dan lakukan perkara tersebut. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Di dalam hidup berumah tangga, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya pada perkara yang maaruf. Ini kerana, dengan ketaatan tersebut akan memudahkannya jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Yang maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan taat kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. (Riwayat Ibn Hibban)

Oleh yang demikian, berdasarkan hadis di atas jelas menunjukkan bahawa seseorang isteri itu wajib taat pada perintah suaminya selagimana perintah suaminya itu tidak bercanggah dengan hukum syara. Dan ketaatan isteri kepada suaminya adalah salah satu sebab untuk memudahkan isteri itu mendapat syurga Allah SWT. Perkara ini telah dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :

لَا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةٍ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

Maksudnya: “Tiada ketaatan pada perkara maksiat, sesungguhnya taat itu pada perkara yang maaruf (baik).” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam kes yang disebutkan tuan, tiada halangan untuk berbuat demikian demi keharmonian rumah tangga. Namun, sebagai seorang suami yang baik, arahan seorang suami kepada isteri perlu dilakukan secara berhikmah agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 54

message user image