BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamuallaikum tuan/puan
Saya ingin bertanya sekarang saya sedang mengandung 7bulan. Semasa saya mengandung 4bulan ,saya dan suami ada sedikit perselisihan faham dan menyebabkan pergaduhan. 

Semasa bergaduh saya telah hilang kawalan dan terlalu mengikut perasaan dan inginkan bercerai. dan sewaktu saya ucapkan “selepas saya bersalin tolong ceraikan saya “ lalu suami menjawab “ya” sahaja. Sedangkan dari niat suami saya tidak sama sekali mahu ceraikan saya. dia “mengiyakan “ atas faktor risau akan kandungan saya kerana saya telah mengamuk sehingga mencederakan diri.  Tetapi keesokkan apabila kami sudah berbaik suami telah pun lafaz “ aku rujuk akan kamu” 

persoalannya adakah sah talak tadi selepas saya bersalin ? atau dari awal lagi talak itu tidak sah kerana suami saya tidak berniat sedemikian. terima kasih ustaz


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan:

Lafaz yang puan nyatakan di atas dan lafaz "ya" oleh suami puan ungkapkan itu adalah suatu lafaz yang tidak membawa kepada talak secara taklik kerana ungkapan tersebut berbentuk perkhabaran dan ia adalah satu lafaz yang mana puan minta tolong kepada suami untuk menceraikan puan bila dah bersalin nanti, sekiranya puan sudah bersalin dan suami lafazkan cerai atau talak secara jelas barulah talak akan jatuh, tetapi sebaliknya, jika suami puan tidak melafazkan cerai atau talak maka talak tidak jatuh. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 59

message user image