BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Hukum kita bercerita kepada orang lain tentang sesuatu perbualan seorang hamba Allah yang mana kita tidak mendengar daripada awal @ akhir penceritaan perbualan hamba Allah itu hingga membuat kita  marah dan berkongsi penceritaan tadi dengan orang lain bagi menunjukkan kemarahan kita pada hamba Allah itu., Hingga saling menaikkan kemarahan sesama kita pada hamba Allah itu.,Alakah hukumnya itu.,? Adakah termasuk dalam Fitnah @ mereka-merekakan cerita.,


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat 49:12)

Berdasarkan ayat ini Allah SWT melarang hamba-Nya berperasangka kerana ia merupakan perbuatan dosa yang boleh menimbulkan fitnah, pergaduhan dan sebagainya antara sesama manusia. Perbuatan menceritakan kisah seseorang kepada orang lain tanpa diketahui fakta sebenarnya, merupakan perbuatan yang dikhuatiri boleh membawa kepada fitnah dan adu domba. Perlu diingatkan bahawa perbuatan seperti ini boleh mengubah fakta sebenar sehingga cerita yang disampaikan tidak tepat dan membawa kepada kesan yang lebih buruk. 

Perbuatan seperti ini  juga dikhuatiri boleh menjadi ghibah (mengumpat) iaitu menceritakan keburukan seseorang tanpa pengetahuannya dan dianggap berdosa. Apa yang penting, hubungan silaturahim sesama manusia hendaklah dipelihara  demi kesejahteraan bersama. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 100

message user image