BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya hendak bertanya berkenaan niat wudhu dan umrah. Saya ada sedikit keraguan sama ada saya membaca niat wudhu atau tidak semasa melakukan umrah. Jila saya lupa membaca niat wudhu semasa mengambil wudhu. Adakah umrah saya terbatal dan perlu membayar dam? Saya menunaikan umrah pada tahun 2023. Saya sangat risau sebab saya akan berkahwin awal tahun ni.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Perlu difahami membaca niat wuduk bukanlah rukun dan ia berbeza dengan niat wuduk. Membaca niat adalah perbuatan menyebut lafaz niat secara lisan. Adapun berniat wuduk adalah lintasan di dalam hati. Maka tertinggal bacaan niat wuduk adalah masih sah wuduk tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 51

message user image