BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assamualaikum w.r.h

 

Saya abdul muhaimin najmi ingin mengajukan beberapa persoalan secara online kepada sahibus samahah atau mufti atau pihak agama berkaitan.

 

1. Apakah hukum pertunangan dalam islam

 

2. Seperti yang sedia maklum manusia tidak lari dari khilaf dan perbuatan silap dari manusia itu sendiri. Saya ada permasalahan dan percanggahan tentang beberapa isu. Isu adalah saya telah melafaz kan tidak mahu teruskan pertunangan dengan si fulan adakah pertunangan itu terbatal? Akan tetapi saya menyesali dan antara pihak perempuan dan lelaki setuju untuk teruskan di dalam perbualan telefon. Apakah tali pertunangan saya putus atau masih ada?

 

Seperti yang saya tahu, hukum banyak terpakai untuk golongan yang sudah berkahwin. Mohon pihak mufti atau sahibus samahah dapat menerangkan kepada kami dalam issu ini. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Pertunangan atau khitbah dalam Islam merupakan suatu perjanjian awal untuk menunjukkan hasrat berkahwin antara seorang lelaki dan wanita. Hukum asal pertunangan adalah harus. Ia merupakan tempoh sementara yang bertujuan untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat sebelum pernikahan dengan mematuhi batas-batas syariat.

2. Jika anda telah melafazkan untuk memutuskan pertunangan, maka dari segi hukum, pertunangan itu terbatal kerana ia adalah perjanjian yang boleh dibatalkan oleh salah satu pihak. Pertunangan dalam Islam bukan akad nikah dan ia tidak bersifat mengikat secara syar'i seperti perkahwinan. Oleh itu, lafaz tersebut memadai untuk membatalkan pertunangan.

Adapun jika kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) bersetuju untuk meneruskan hubungan pertunangan meskipun melalui perbualan telefon, maka ikatan tersebut dianggap diperbaharui secara persetujuan bersama dan sudah memadai. Pertunangan boleh dilanjutkan selama mana kedua-dua pihak bersetuju dan tidak ada unsur paksaan.

Tidak ada hukum yang melarang memutuskan pertunangan namun sebaiknya dielakkan tanpa alasan syar'i. Membatalkan pertunangan bukanlah suatu dosa dalam Islam, namun ia harus dilakukan dengan adab dan cara yang baik. Disarankan agar terus berdoa dan tetap kepada niat yang baik agar dipermudahkan urusan oleh Allah SWT. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 68

message user image