Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamulaikum.
saya ingin tahu adakah terdapat daripada nas Al-quran,hadith,ijmak ulamak dan para fuqaha yang mengatakan jangan susahkan diri menunaikaikan haji dengan berjalan kaki menempoh perjalanan sehingga ribuan kilometer?
2.Adakah ia termasuk di dalam syarat menunaikan haji bagi orang berkemampuan?
3.Adakah ia menepati syariah Islami?
sekian,terima kasih.
Jawapan
Bagi menjawab soalan yang diajukan:
1. Setakat carian terkini, terdapat galakan untuk pergi menunaikan haji adalah lebih baik dengan berkenderaan berbanding berjalan kaki. Ini seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Syarwani dalam Hasyiah beliau dalam Tuhfah al-Muhtaj. Galakan ini tidaklah bermkasud larangan berjalan kaki menuju menunaikan haji, akan tetapi sekadar afdal sahaja.
2. Perlu diafahami, yang dimaksudkan berkemampuan adalah mempunyai wang dan belanja yang cukup untuk dirinya menunaikan haji. Ini termasuklah perlu wang yang cukup untuk mendapatkan kenderaan atau pengangkutan menunaikan haji. Maka, berjalan kaki masih belum dikira berkemampuan pada konteks negara kita. Berbeza dengan mereka yang tinggal di sekitar tanah Mekah, berjalan kaki itu bukanlah suatu perkara yang sukar.
3. Jika dibahaskan dalam konteks negara kita, berjalan kaki untuk menunaikan haji adalah sangat tidak digalakkan dengan mengira faktor keamanan perjalanan dan kebolehan menunaikan haji. Bahkan perbuatan sebegini boleh jadi haram sekiranya perbuatan jalan kaki untuk menunaikan haji mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Oleh itu, pada konteks negara kita ia tidak menepati maqasid syariah.
Sekian, terima kasih.