BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 
Soalan: Seorang wanita telah bercerai dengan suaminya, dan si suami telah berkahwin dengan wanita lain, dan hasil perkahwinan itu si suami telah mendapat zuriat. Adakah ank itu menjadi anak tiri kepada bekas isterinya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam Islam anak tiri bermaksud anak daripada isteri dengan suaminya yang terdahulu, atau anak daripada suami dengan isterinya yang terdahulu. Oleh yang demikian, anak bekas suami dengan isterinya yang baru tidak menjadi anak tiri kepada bekas isteri lelaki tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 75

message user image